HR TIARA

Penyelesaian Pengurusan Sumber Manusia yang Dipercayai

Kami membantu syarikat dalam menguruskan hal-hal sumber manusia secara sistematik dan profesional, mengikut undang-undang Malaysia.

HR TIARA – Pakar Pengurusan Sumber Manusia

Syarikat Tiara Hidayah Group Venture ditubuhkan pada September 2024 untuk tujuan mengasingkan akaun perkhidmatan Sumber Manusia dengan perkhidmatan lain. Dengan tenaga pekerja yang mahir dan berpengalaman luas dalam mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia, kami berhasrat membantu syarikat-syarikat yang memerlukan khidmat untuk membina jabatan sumber manusia yang dinamik sebagai nadi pengerak utama syarikat mengikut undang-undang negara yang akan memberi manafaat kepada kedua belah pihak iaitu pekerja dan majikan.

Perkhidmatan HR yang Menyeluruh

Kami menawarkan perkhidmatan HR lengkap, termasuk pematuhan undang-undang, pengurusan gaji, dan pembangunan pekerja.

Pematuhan Undang-Undang Pekerjaan

Membantu majikan, terutamanya SME, dalam menetapkan peraturan urus tadbir pekerja mengikut undang-undang pekerjaan Malaysia.

Penyelarasan & Kemaskini Polisi HR

Semakan dan pengemaskinian peraturan sedia ada supaya memenuhi keperluan majikan dan pekerja (Streamlining HR Processes).

Pendaftaran dengan Agensi Kerajaan

Membantu majikan mendaftar dengan KWSP, SOCSO, SIP, LHDN, HRDC, dan agensi lain berkaitan pekerja dan majikan.

Perancangan Tenaga Kerja & Bajet Syarikat

Menyediakan rancangan tenaga kerja (manpower planning) dan bajet syarikat bagi mengelakkan pembaziran tenaga kerja.

Penyediaan Buku Panduan Pekerja

Menyediakan buku panduan pekerja yang mengandungi polisi pengurusan HR untuk rujukan majikan dan pekerja.

Penyediaan Deskripsi Kerja (Job Description)

Membantu majikan menyediakan deskripsi kerja terperinci bagi setiap jawatan dalam syarikat.

Dokumentasi Sumber Manusia

Menyediakan surat tawaran kerja, surat pengesahan jawatan, dan dokumen berkaitan HR.

Penyediaan Memo & Notis Penting

Membantu majikan dalam penyediaan memo untuk perubahan polisi, SOP, dan pengumuman penting.

Pengurusan Fail Peribadi Pekerja

Membantu majikan membuka dan mengurus fail peribadi pekerja dengan dokumen lengkap.

Pengurusan Permit Pekerja Asing

Memproses permohonan visa untuk pekerja asing (Permit Lawatan Kerja Sementara) dan pekerja profesional (Pas Lawatan Ikhtisas).

Penyediaan Standard Operating Procedures (SOP)

Membantu majikan menyediakan SOP lengkap untuk semua proses dalam organisasi.

Penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

Membantu majikan menetapkan KPI bagi menilai prestasi dan kompetensi pekerja untuk kenaikan pangkat, bonus, dan gaji tahunan.

Analisis Indeks Kegembiraan Pekerja (EHI)

Menilai tahap kepuasan pekerja dalam organisasi melalui Employee Happiness Index (EHI).

Bancian Faedah Pekerjaan

Melakukan survey untuk memastikan faedah pekerja setara dengan industri yang sama.

Pengurusan Disiplin & Salah Laku Pekerja

Mengendalikan kes disiplin dengan surat tunjuk sebab, surat amaran, dan siasatan dalaman (Domestic Inquiry).

Perkhidmatan Pemprosesan Gaji

Mengurus pemprosesan gaji bulanan termasuk bayaran caruman KWSP, SOCSO, HRDC, LHDN dan lain-lain.

Mengapa HR TIARA Adalah Pilihan Tepat?

Kami memahami cabaran dalam pengurusan sumber manusia. Dengan pengalaman luas dan kepakaran dalam bidang ini, kami membantu syarikat memastikan pengurusan pekerja lebih sistematik, mematuhi undang-undang, dan meningkatkan produktiviti organisasi.

Berpengalaman & Profesional

Pasukan kami terdiri daripada pakar HR yang mahir dalam pengurusan pekerja dan pematuhan undang-undang.

Mengikut Undang-Undang Semasa

Kami memastikan setiap perkhidmatan mematuhi peraturan pekerjaan di Malaysia.

Penyelesaian HR yang Sistematik

Menggunakan pendekatan moden untuk pengurusan gaji, faedah pekerja, dan pembangunan tenaga kerja.

Apa Kata Pelanggan Kami?

Dengarkan pengalaman pelanggan yang telah berjaya meningkatkan pengurusan HR mereka dengan bantuan kami.